Friday, September 13, 2013

Bermimpi Jumpa Orang Mati

Jika kita bermimpi berjumpa orang Mati

Alamatnya : Akan beroleh kesusahanatau berkelahi dengan orang; ataupun beroleh harta tanpa bekerja




Bermimpi berjumpa ibubapa atau salah satu daripada keduanya yang telah mati

Alamatnya : Jika keadaan mereka gembira atau suka kepada kita maka kita akan mendapat kebaikan atau berjaya dalam hal yang sedang atau akan kita tempuhi. Jika sebaliknya maka  anda sedekahlah Doa Kepadanya...

Tuesday, September 10, 2013

Tuesday, April 30, 2013

Nama-nama Anak Lelaki Dalam Islam

NAMA ANAK LELAKI
Abdul Azim= Hamba Allah Yang Agung
Abdul Aziz= Hamba Allah Yang Mulia
Abdul Bari= Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan
Abdul Basit= Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat
Abdul Baqi= Hamba Allah Yang Kekal
Abdul Dayyan= Hamba Allah Yang Membalas
Abdul Jabbar= Hamba Allah Yang Tegas
Abdul Jalil= Hamba Allah Yang Mulia
Abdul Jawad= Hamba Allah Yang Pemurah
Abdul Fattah= Hamba Allah Yang Membuka
Abdul Ghafur= Hamba Allah Yang Membuka
Abdul Ghani= Hamba Allah Yang Pengampun
Abdul Hadi= Hamba Allah Yang Kaya
Abdul Hafiz= Hamba Allah Yang Memelihara
Abdul Haiy= Hamba Allah Yang Hidup
Abdul Hak= Hamba Allah Yang Sebenar
Abdul Hakam= Hamba Allah Yang Menghukum
Abdul Hakim= Hamba Allah Yang Bijaksana
Abdul Halim= Hamba Allah Yang Lemah Lembut
Abdul Hamid= Hamba Allah Yang Terpuji
Abdul Hanan= Hamba Allah Yang Penyayang
Abdul Ilah= Hamba Allah / hamba Tuhan
Abdul Karim= Hamba Allah Yang Pemurah
Abdul Khaliq= Hamba Allah Yang Mencipta
Abdullah= Hamba Allah
Abdul Latif= Hamba Allah Yang Lemah Lembut
Abdul Majid= Hamba Allah Yang Mulia
Abdul Mannan= Hamba Allah Yang Memberi Nikmat
Abdul Muhaimin= Hamba Allah Yang Berkuasa
Abdul Mu'ati= Hamba Allah Yang Memberi
Abdul Mun'im= Hamba Allah Yang Memberi Nikmat
Abdul Nasir= Hamba Allah Yang Menolong
Abdul Qadir= Hamba Allah Yang Berkuasa
Abdul Qahar= Hamba Allah Yang Perkasa
Abdul Qayyum= Hamba Allah Yang Berkuasa
Abdul Rauf= Hamba Allah Yang Pengasih
Abdul Rahman= Hamba Allah Yang Pemurah
Abdul Rahim= Hamba Allah Yang Penyayang
Abdul Rasyid= Hamba Allah Yang Bijaksana
Abdul Razak= Hamba Allah Yang Memberi Rezeki
Abdul Syakur= Hamba Allah Yang Bersyukur
Abdul Samad= Hamba Allah Yang Menjadi Tumpuan
Abdul Salam= Hamba Allah Yang penyelamat
Abdul Wafi= Hamba Allah Yang Setia
Abdul Wadud= Hamba Allah Yang Pengasih
Abdul Wahab= Hamba Allah Yang Memberi
Abdul Warith= Hamba Allah Yang Mewarisi
Abdul Wahid= Hamba Allah Yang Esa
Abbasy = Rajin berusaha
Abadi = Yang Kekal
Abbas = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW Muhammad SAW
Abrisam =Yang lembut/tampan
Abhar = Yang bergemerlapan/Yang berseri
Absyar = Bergembira
Abid = Yang beribadat
Abidin = Yang beribadat
Abu Bakar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW (Yang bersegera)
Abu Zar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
Abu Samah = Pemaaf, Yang bertoleransi
Abu Wasim = Yang tampan.
Adabi = Kesopananku, kesusasteraan
Adlan = Keadilan
Adam = Nama Nabi, ikutan, teladan
Adham = Yang cantik
Adil = Yang adil
Adli = Keadilanku, kelurusanku
Adnan = Nama datuk Nabi
Adi = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
Adib = Pujangga
Adwa' = Cahaya
Affan = Pendaki
Affandi = Gelaran bagi orang yang berkedudukan
Afiq = Yang mulia
Afif = Yang bermaruah
Afnan = Kecantikan/seri
Aflah = Yang beruntung
Afqar = Fakir
Afham = Yang pandai
Afsar = Lebih Jelas
Afdhal = Terbaik
Afkar = Yang bijak
Afwu = Pemaaf
Agha = Ketua, pimpinan
Aghna = Berdikari
Ahlan = Keselamatan
Ahlam = Impian, kesabaran
Ahda = Beroleh petunjuk
Ahlami = Impianku, kelembutanku
Ahna = Yang lemah lembut
Ahmas = Yang bersemangat
Ahnaf = Yang berpegang teguh pada ajaran agama
Ahwaz = Yang bersungguh-sungguh
Ahsan = Yang terbaik
Ahza = Yang beruntung
Ahmad = Yang terpuji
Ahwas = Pemberani
Aibaq = Pesuruh
Aiyub = Nama nabi
aiman = Yang bertuah
Aisar = Yang senang, mudah
Aisy = Mewah, kaya raya
Ajad = Berbuat baik
Ajmal = Cantik, molek
Ajwad = Yang lebih pemurah
Akalil = Mahkota
Akramah = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
Akbar = Yang besar
Akram = Yang mulia
Akhtar = Yang terpilih
Akma = Pimpinan
Akid = Yang kuat, teguh, tetap
Akif = Yang menumpukan dirinya pada sesuatu
Akmal = Sempurna, sangat pandai
Aqhar = Yang gagah
Akwa = Yang perkasa, kuat
Alwan = Warna-warni
Alma' = Yang bergemerlapan
Alamgir = Penakluk dunia
Alim = Yang mengetahui
Alauddin = Ketinggian agama
Allamah = Yang berilmu luas
Ali = Yang mulia, yang tinggi kedudukannya
Aliyan = Yang tinggi
Alif = Kawan rapat
Alham = Beroleh ilham
Alim = Mengetahui
Aliuddin = Ketinggian agama
Alzam = Yang tekun
Altaf = Baik hati,lemah lembut
Altamis = Panglima, ketua
Amadi = Masa, matlamatku
Amad = Tujuan
Amal = Cita-cita, harapan
Amili = Yang bekerja
Amali = Cita-citaku, harapanku
Amaluddin = Cita-cita agama
Aman = Sentosa, keamanan
Amanat = Pertaruhan, amanh
Amar = Yang ramai zuriat
Amjad = Mulia, soleh
Amin = Yang amanah, yang dipercayai
Aminin = Orang-orang yang aman
Aminuddin = Pengamanah agama
Amnan = Tempat yang aman
Amir = Putera, ketua, pemerintah
Amiruddin = Pembela agama
Ammar = Yang memakmurkan, yang kuat iman
Amami = Golonganku
Amnan = Ketenangan
Amni = Keamananku
Amani = Kesejahteraanku
Amsyar = Yang cergas
Amzar = Yang mulia
Amran = Yang memakmurkan
Amrin = Perintah
Amrun = Kemakmuranku
Amkrun = Orang-orang berkuasa
Anas = Kemesraan, cinta, kasih
Anaqi = Keindahanku yang menawan hati
An'am = Yang diberi nikmat
Anma = Yang maju
Aniq = Yang kacak lagi menawan hati
Anmar = Air yang bersih
Anis = Yang mesra, teman setia
Andar = Yang berseri
Ansar = Penolong, penyokong
Ansari = Penolongku, penyokongku
Anwar = Yang bercahaya
Anwari = Cahayaku
Aqil = Bijak, terpelajar
Aqlan = Kebijakan
Aqmar = Putih, cantik
Aqra = Pandai membaca
Arafat = Yang terkenal, kenalan
Arami = Panji-panji
Arib = Yang mahir
Arham = Yang mesra
Arif = Yang bijak, yang mengetahui
Ariffin = Yang bijak
Arfan = Mengetahui
Arman = Harapan, aspirasi
Arqam = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
Arfa = Yang tinggi, mulia
Arsalan = Singa
Arsyad = Yang sangat cerdik
Arumi = Asal keturunanku
Asad = singa
As'ad = Yang berbahagia
Asdaq = Benar
Asjad = Emas, permata
Asil = Yang mulia
Asyiq = Kekasih, pencinta
Askari = Tentera
Aslam = Selamat, terkawal
Asfa = Yang suci
Aslah = Yang lebih baik
Asmah = Yang pemaaf
Asmai = Hati yang suci
Asmaan = Hati yang suci dan pendapat yang teguh
Asmar = Yang hitam manis
Ashmah = Yang berani
Asna = Yang tinggi, yang bersinar
Asnawi = Yang berseri, gemilang
Asri = Masaku, kemajuanku mengikut masa
Asytar = Yang menawan
Asyari = Perasaanku
Asyraaf = Yang mulia
Asy'ar = Perasa, jiwa halus
Asyrani = Periang, kemegahanku
Asymawi = Pemberianku
Ata = Pemberian
Ataullah = Kurniaan Allah
Atyab = Wangi
Atif = Belas Kasihan
Athar = Suci, bersih
Athari = Yang bersih
Athmar = Yang berjaya
Atmam = Kesempurnaan
Aus = Pemberian
Aufa = Yang setia
Aun = Bantuan, pertolongan
Auni = Ketetapanku
Awsam = Yang segak
Awam = Yang tangkas
Awraq = Yang memberi semangat
Awad = Gantian, pemberian
Awwal = Pandai mentakwil
Awwam = Perenang
Awuf = Yang wangi
Awadullah = Pemberian, gantian dari Allah
Awliya = Kekasih
Awwab = Yang banyak bertaubat
Awali = Pedang
Awwadi = Yang bersungguh-sungguh
Ayadi = Nikmat
Aysar = Yang mudah
Ayyub = Nama nabi
Azad = Bebas, merdeka
Azfar = Yang berjaya, yang menang
Azka = Semakin maju
Azhar = Yang berseri, yang gemilang
Azam = Keazaman
Azaim = Pelbagai azam
Azim = Besar
Azman = Cita-cita, tekad
Azmi = Cita-citaku, tekadku
Azmil = Kawan rapat
Aziman = Keazaman
Azamuddin = Keazaman agama
Azhari = Yang berseri, yang gemilang
Azhad = Yang zuhud, warak
Azizan = Yang mulia, yang kuat, kekasih
Azib = Sabar dan gigih
Aziz = Yang mulia, yang kuat, kekasih
Azizi = Kesayanganku, kekasihku
Azbin = Bersih, suci
Azri = Kekuatanku, penyokongku
Azwar = Rajin ziarah/emas

Balyan = Nama auliya
Bahran = Bercahaya
Baqir = Sangat pandai, terpelajar
Basim = Gembira, tersenyum
Basit = Pereka, pembuat
Bahjat = Kegemilangan
Badar = Bulan penuh
Bassam = Suka tersenyum
Badiuzzaman = Keindahan semasa
Bazil = Yang pandai
Badrulmunir = Bulan bercahaya
Badran = Bulan penuh (purnama)
Badri = Bulan purnamaku
Basyirun = Yang melihat
Badrun = Bulan purnama
Badruddin = Bulan purnama agama
Baghawi = Nisbah
Bahauddin = Sinaran agama
Bahadur = Berani, kuat
Bahij = Yang indah menawan
Bahjan = Cemerlang
Bahri = Kegemilanganku
Bahruddin = Sinaran agama
Bayiyuddin = Sinaran agama
Bahzi = Pembelaku
Bais = Tentera
Bakri = Kemudaanku
Bakhit = Yang bertuah
Bakhtiar = Yang bahagia
Banin = Yang bijak, gigih
Barra = Yang bersih
Barzun = Utama, berani
Baslan = Keberanian
Basil = Berani
Basir = Bijak, melihat
Basyar = Pembawa berita baik
Basyir = Penyampai berita gembira
Bahlawan = Pendaki gunung
Basri = Penglihatanku
Basirun = Yang melihat
Bazli = Kebijaksanaanku, kepakaranku
Bazilin = Yang menyumbang
Bunyamin = Nama saudara nabi yusuf
Bilal = Nama saabat nabi, titisan embun
Biruni = Nama ulama besar
Bisyari = Kegembiraan
Bisyrun = Berita gembira
Burhan = Alasan, bukti
Burhanuddin = Bukti agama
Busairi = Nisbah
Busrain = Kesegaran
Bustani = Tamanku
Buraidah = Kesejukan
Busran = Khabar gembira

Daim = Kekal abadi
Daisam = Lemah lembut
Dailami = Askarku
Danial = Nama nabi
Daiyan = Hakim, pembalas
Danish = Pengetahuan, bijak
Darwisy = Warak
Dasuki = Keindahanku, cahayaku
Dawani = Nisbah
Daud = Nama nabi
Din = Agama, kepercayaan
Dini = Agamaku
Dhia = Sinaran
Dhiyauddin = Sinaran agama
Dhiyaulhaq = Sinaran kebenaran
Dhiaurrahman = Sinaran yang pengasih (Allah)
Dhomrah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Dhabit = Yang kuat ingatan
Dhamiri = Jiwaku
Dubies = Nama pahlawan arab
Durrani = Permataku

Fadlan = Keutamaan
Fadil = Yang mulia
Fadli = Kelebihanku, ihsanku
Fadlin = Keutamaan
Fadil = Yang utama
Fadal = Keutamaan
Fadlullah = Kelebihan Allah
Fahad = Harimau bintang
Fahim = Yang faham
Fahmi = Kefahamanku
Fahman = Kefahaman
Faid = Yang tetap, yang berhasil
Faiq = Tertinggi, utama
Faqih = Yang mengerti
Faisal = Penyelesaian
Faiz = Berjaya
Fajar = Cahaya putih
Fakhri = Kemegahanku
Fakhruddin = Kebanggaan agama
Falah = Kejayaan
Fakhrullah = Kemegahan Allah
Farhan = Girang, gembira
Farhat = Kegembiraan
Farid = Yang istimewa, permata, tiada bandingan
Fariduddin = Permata agama, keistimewaan
Fannani = Seniman
Faris = Yang alim, ahli penunggang kuda
Faruq = Pembeza antara benar dan salah
Fathi = Pembukaanku, kemenanganku
Farhun = Kegembiraan
Fathuddin = Pembukaan, kejayaan agama
Fathul Islam = Pembuka, kejayaan Islam
Fathullah = Pembukaan, Kejayaan Allah
Fatih = Pembuka, perintis
Fathurrahman = Pembukaan, Kejayaan Allah yang pengasih
Fattah = Penakluk
Fasahat = Fasih, lancar
Fasih = Yang fasih
Fauzi = Kejayaanku
Fauzan = Kejayaan
Fawwaz = Berjaya
Fayyadh = Murah hati
Fidai = Pengorbanan
Fikri = Fikiranku
Firas = Kecerdikan, celik akal
Firdaus = Nama syurga
Fitri = Semulajadi
Fuad = Hati, jiwa
Fuadi = Jiwaku
Furqan = Bukti, kenyataan
Fudail = Kelebihanku, kemuliaan

Habbab = Yang mengasihi
Habib = Kekasih
Habri = Kegembiraanku
Hadi = Yang memimpin
Hadwan = Ketenangan
Hadrami = Nisbah
Hadari = Maju, bertamadun, penduduk bandar
Haddad = Lautan
Hadif = Yang mempunyai matlamat
Hfiy = Yang memuliakan
Hafiz = Penjaga, pelindung
Hafuza = Pemberi semangat
Hafizuddin = Pemelihara agama
Hail = Yang disegani
Hajib = Pendinding
Hajim = Pelindung
Hajid = Yang solat malam
Hakam = Pengadil
Hakim = Bijaksana
Hakmani = Pengadil
Hajaj = Pelawat
Hamad = Terpuji
Hamas = Berani
Hamdan = Terpuji
Hamdawi = Yang memuji
Hamdi = Pujianku
Hamdun = Terpuji
Hamid = Yang memuji
Hamud = Yang banyak memuji
Hamiduddin = Pujian agama
Haiman = Menguasai
Hamim = Teman karib
Hamimi = Teman karibku
Hamlan = Berdiri sendiri
Hamiz = Cerdik, kuat, tampan
Hamsyari = Anak jati watan
Hamizan = Cerdik, kuat, tampan
Hammani = Pemberi semangat
Hamzah = Kebijaksanaan
Hamzi = Ketegasanku
Hanafi = Kelurusanku
Hanania = Dikasihi Allah
Haitham = Yang mudah
Hanif = Yang lurus
Hanin = Kesayangan
Hanis = Berani, warak
Hanun = Kesayangan
Haidar = Berani, singa
Haikal = Pokok yang besar dan subur
Haimadi = Pujian agama
Haiman = Yang cinta, asyik
Hariri = Suteraku, nisbah
Harraz = Yang amat warak
Haris = Pengawal, pelindung
Harith = Kuat, berusaha
Hariz = Pemelihara
Harzan = Penjagaan
Harun = Nama nabi
Hasan = Lawa, segak
Hassan = Sangat baik
Hasbi = Yang memadai bagiku
Hasbullah = Jaminan Allah
Hasib = Berketurunan mulia
Hasnawi = Kecantikan
Hasif = Kemas, rapi
Hasnun = Yang baik
Hasyiem = Yang bermaruah
Hasyim = Pemurah, yang suka menjamu orang
Hasnain = Dua kebaikan
Hatadi = Keaslianku
Hatim = Pemutus, penentu
Hawwari = Penolong, bersih
Haiyan = Yang hidup
Hawwas = Yang bersemangat
Haziq = Cerdik, pandai
Hazim = Tegas, cermat, bijak
Hazmi = Ketegasanku
Hayyun = Hidup
Hazwan = Pemberianku
Hibatullah = Kurnia
Hidayat = Petunjuk
Hidawi = Pemberian
Hidayatullah = Petunjuk Allah
Hijazi = Kebersihanku
Hikmat = Hikmat
Hilal = Bulan sabit
Hilman = Kesopanan, kesabaran
Hilmi = Kesopananku, kesabaranku
Himmat = Cita-cita
Hisyam = Murah hati
Hisyamuddin = Kemurahan agama
Hiwayat = Yang disukai
Hubaib = Kekasih
Hulaif = Yang setia
Hulawi = Yang manis/menarik
Humaidi = Kepujianku
Humdi = Yang memuji
Husain = Elok, cantik
Husoin = Benteng pertahanan
Husaini = Kebaikanku
Husnayan = Kemenangan, syahid
Huzaifah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Huzaiman = Nama sahabat nabi Muhammad SAW

Ikram = Menghormati
Iktidal = Keadilan
Ikhtiari = Pilihanku
Iktisham = Tenaga
Ikhtiaruddin = Pilihan agama
Iktimad = Berserah
Ilyas = Nama nabi
Ilyasa = Nama nabi
Iliya = Nama nabi
Ilham = Ilham
Imadi = Sokonganku
Imaduddin = Tiang agama
Iman = Iman
Imdad = Tolong, bantu, sokong
Imtiyaz = Pilihan
Imran = Budi bahasa
Inayat = Pertolongan
Insaf = Kesedaran
Intisar = Kemenangan
Inas = Kelembutan
Iqtidar = Kekuatan, tenaga
Iqbal = Kejayaan
Irfan = Kebijaksanaan, kesyukuran
Irsyad = Nasihat, panduan
Irsyaduddin = Panduan agama
Is'ad = Beroleh taufiq
Ishak = Nama nabi
Iskandar = Nama seorang raja
Isma = Pemelihara
Isyhad = Penyaksian
Islam = Kesejahteraan
Islah = Pembetulan
Ismail = Nama nabi
Ismat = Ketulinan, kesucian
Isa = Nabi nabi
Israr = Persendirian
Israr = Persendirian
Isyraq = Memberi sinar
Istafa = Pilih, suka
Isyraf = Pengganti
Iwadh = Pengganti
Ithar = Mengasihi orang lain
Iyad = Sokongan, kekuatan
Izdiyad = Pertambahan
Izdihar = Perkembangan, kemajuan
Izz = Kekuatan
Izzan = Kepatuhan
Izzat = Kemuliaan
Izzuddin = Kemuliaan agama
Izzul Islam = Kemuliaan Islam

Maamar = Kemakmuran
Maarif = Kecantikan, pengetahuan
Mabruk = Yang diberkati
Maasyir = Pandai bergaul
Mabrur = Membuat kebajikan
Majad = Kemuliaan
Makmun = Beramanah
Mahasin = Kebaikan
Majid = Dihormati
Majdi = Kemulianku
Mahamid = Pujian, terpuji
Mahdi = Yang mendapat hidayah
Mahbub = Yang dikasihi
Mahadhir = Menulis kebaikan
Mahfuz = Terpelihara
Madani = Kemajuan
Makhluf = Maju ke hadapan
Mahmud = Terpuji
Makhlad = Yang kekal
Mahzuz = Bernasib baik
Maisur = Yang senang
Makarim = Kemulian
Mahran = Kebijaksanaan
Malazi = Tempat perlindungan
Mamduh = Terpuji
Mahir = Pakar
Manaf = Ketinggian, kenaikan
Manan = Pemurah
Mansur = Pemenang
Manzur = Yang boleh diterima, dipersetujui
Maqbul = Diterima, dipersetujui
Marjan = Batu karang
Marzuq = Yang mendapat rezeki
Marzuqi = Rezekiku
Marwan = Bermaruah
Masrur = Yang riang, suka
Masykur = Yang bersyukur
Mas'ud = Bertuah
Masyhad = kesaksian
Masyahadi = Persaksianku, tuntutanku
Masyruh = Lapang dada
Masun = Yang terpelihara
Matlub = Cita-cita
Maula = Tuan besar
Maulawi = Yang berzuhud (Maulana)
Mawardi = Nisbah, air mawarku
Mazhud = Yang zuhud
Maziz = Mulia
Mikyad = Yang bertaubat
Miftah = Pembuka, perintis
Mirza = Anak yang baik
Minhaj = Acara, biasa
Mikbad = Ibadah
Mifzal = Teramat mulia
Mikdam = Berani
Misbah = Pelita, cahaya
Mizwar = Rajin berkunjung
Muammar = Panjang umur
Muawiyah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Muaz = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Muayyad = Kuat, menang
Muazzam = Dihormati, disanjungi
Mubarak = Yang diberkati
mubin = Lut sinar, jernih
Mubasyir = Pembawa petanda yang baik
Mughis = Penolong
Muhaimin = Yang memelihara dan mengawal
Muqtadir = Yang berkemampuan
Muhammad = Yang terpuji, di rahmati
Muharram = Bulan Muharram
Muhazzab = terdidik
Muhajir = Yang berhijrah
Muhsin = Yang membuat kebaikan
Muhib = Kekasih, peminat
Muqri = Ahli ibadat
Muhibbuddin = Pengasih agama
Muhtadi = Beroleh hidayah
Mujahid = Pejuang Islam
Mujib = Penyahut
Mujibuddin = Penyahut agama
Mujibur = Penyahut seruan Allah Yang Maha Pengasih
Mulhim = Pemberi inspirasi
Muinuddin = Pembela agama
Muntasir = Yang menang
Muizzuddin = Penyokong agama
Muktasim = Terjaga
Mukhtar = Yang terpilih
Mukti = Pemberani
Munawwar = Berkilau
Munawwir = Bersinar
Munir = Yang menerangi
Munabbih = Pemberi peringatan
Munzir = Yang memberi amaran
Muntazar = Yang diawasi
Murad = Keinginan, cita
Mursyid = Pemimbing, guru
Mursil = Wakil
Muradi = Harapanku
Mus'ab = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Musa = Nama nabi
Mus'ad = Yang bahagia
Musaid = Penolong
Musawi = Yang adil
Muslih = Yang membaiki
Muslihin = Yang memulihkan
Muslihuddin = Pemulih agama
Muslim = Yang menyerah diri kepada Allah
Musayyad = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Mustafa = Yang terpilih
Mustaqim = Yang lurus
Musyrif = Tinggi, pengawas
Mutalib = Yang menuntut dari masa ke semasa
Muzaffar = Kemenangan

Saadan = Kebahagian
Saad = Bahagia
Saaduddin = Agama yang membahagiakan
Saadi = Kebahagianku
Sa'dun = Kebahagian
Sabahi = Ketua pejuang
Sabiq = Yang mendahului
Sabil = Jalan
Sabit = Yang baik, pemurah
Sabir = Yang sabar
Sabqi = Keutamaanku
Sabran = Kesabaran
Sabri = Kesabaranku
Sadad = Kejujuranku
Sadat = Pimpinan
Sadiq = Yang benar
Sadruddin = Pemimpin agama
Safaraz = Dihormati
Safiy = Yang bersih dan jujur
Safiuddin = Kesucian agama
Safir = Wakil, duta besar
Safwan = Bersih, ikhlas
Saghir = Yang mengikut
Sahil = Mudah, senang
Sahlan = Mudah, senang
Sahnon = Kehalusan
Sahli = Kemudahanku
Sajid = Orang yang sujud
Said = Yang bahagia
Saidun = Yang berbahagia
Saifuddin = Pedang agama
Saiful Islam = Pedang Islam
Saifullah = Pedang Allah
Sakhawi = Kemurahan hati
Salahuddin = Kebaikan agama
Salam = Kesejahteraan
Samran = Pertolongan
Sama'an = Yang patuh
Salamat = Kesejahteraan
Soleh = Yang baik
Solihin = Yang baik
Solihan = Yang baik
Salim = Selamat, terkawal
Saliman = Kesejahteraan
Salman = Selamat, terkawal
Sarhan = Kemudahan
Samad = Serba baik
Samih = Pemaaf, pemurah
Samir = Penghibur
Sattar = Menutup cela, aib
Subhi = Subuh
Sufyan = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Suhaib = Kemerah-merahan
Suhail = Senang, mudah
Suhaili = Kemudahanku
Sulaim = Sejahtera
Sulaiman = Nama nabi, sejahtera
Sulhidar = Bersenjata
Sulaimi = Kesejahteraanku
Sulwan = Kepuasan
Suwadi = Rahsiaku
Sya'ban = Bulan Sya'ban
Sya'rani = Nisbah
Suhaid = Lembut, tampan
Syabil = Bintang
Syaddad = Yang perkasa
Syukri = Kesyukuran
Syafaat = Pembelaan, pertolongan
Saud = Yang bahagia
Siddiq = Yang membenarkan
Sidqi = Kebenaranku
Silmi = Kedamaianku
Sinwan = Kembar
Siraj = Pelita
Sirajuddin = Pelita agama
Sirhan = Berani, singa
Sirin = Nama seorang tabi'ie
Sufi = Ahli tasauf
Syafi = Yang menyembuhkan
Syafiq = Penyayang
Syahmi = Mulia, berani, bijak
Syahir = Terkenal
Syahiran = Terkenal
Syahin = Tiang neraca
Syakir = Pengenang budi
Syamini = Keharuman yang tinggi
Sam'un = Pendengaran
Syukran = Kesyukuran
Sanad = Tempat bergantung
Sanim = Yang darjatnya tinggi
Syamsul Bahri = Matahari lautan
Syamsuddin = Matahari agama
Syamsuz Zaman = Matahari masa
Syamsi = Matahariku
Syamsir = Pedang
Syaraf = Kemuliaan
Syarafat = Harga diri, maruah
Syarifuddin = Kemuliaan agama
Syarif = Dipuji, mulia
Syarafuddin = Yang mulia agamanya
Syaukat = Kekuasaan
Syahabuddin = Bintang agama
Syawal = Bulan syawal
Syazani = Kecergasanku
Syazwan = Haruman kasturi
Syazwi = Keharumanku
Syubli = anak singa
Syihabuddin = Bintang agama
Syuaib = Nama nabi
Syu'bah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
Syukur = Kesyukuran
Syukri = Kesyukuran
Syuwari = Kecantikan

Sunday, March 24, 2013

Ketahui Rahsia 5 Tip Jimat Duit Segera

Tip pertama : 
Usah belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.


Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah
jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan
bulanan anda. Latih diri untuk hanya belanja separuh atau
kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.

Tip kedua : 
Cari duit lebih atau guna kurang.

Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda
perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time
atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda
malas, anda cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari
pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu
belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.

Tip ketiga :
Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.

Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan.
Tindakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua
wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah
langkah pertama untuk belajar berjimat.

Tip keempat : 
Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.


Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan
terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh
wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk
menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan
rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada
dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan
benar2 memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha
mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.

Tip kelima : 
Tulis diari kewangan.


Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda dalam satu
diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika
ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat
mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat
kenal pasti ke arah mana wang anda mengalir. Gunakan
maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih
berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.


Moga kesemua tip di atas akan memberi perubahan yang
positif dalam hidup kita. Seperti mana pesan my mentor
yang penting adalah 
ACTION. Setelah ada ilmu-ilmu yang
terbaik maka tindakan adalah penentu kejayaan masa depan.

30 Panduan untuk anda - Pelaburan Rumah



Tip 1
Tetapkan dengan jelas objektif dan matlamat untuk beli rumah.
Adakah anda beli rumah untuk didiami atau untuk buat pelaburan?
Kebanyakan kita tersilap langkah dan mulalah rasa menyesal kerana tidak menetapkan matlamat.

Tip 2
Jika beli untuk mendiami rumah tersebut, anda perlu menerima dengan hati terbuka rumah yang anda idam-idamkan itu.
Tiada rumah yang sempurna, jadi perlu berkompromi tentang perkara ini. Jika untuk tinggal pastikan anda mampu untuk membayarnya dan dalam lingkungan bajet anda. Ikut bajet anda jangan emosi dengan selera anda.

Tip 3
Beli rumah untuk pelaburan!
Jika ada dalam fikiran anda untuk buat pelaburan, jadi mesti tetapkan untuk buat pelaburan dari segi kenaikan harga hartanah atau mendapatpulangan sewa yang menjaminkan.

10 Langkah Bebas Hutang DiBongkar



1. PERIKSA- rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa
yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa
minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik
Timah ,Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya
dan memang boleh dapat angin ahmar… hehehe

2. KIRAKAN- jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang
perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN- senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.
Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan anda selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI- pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu
membayar RM1500 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI- yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa
ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN- hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak
dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:


1) Hutang TV RM3000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000


7. SERANG HUTANG- Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu.
Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang
agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. PRINSIP 10%- Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda
bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada
jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. GANDAKAN-Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada
perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika
anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha,
pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. BEBASKAN-Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu.
Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda
membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis.
Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat .Teruskan penambahan
sehingga ke senarai terakhir .

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Ianya tidak mudah tetapi
paling kurang anda sudah mempunyai sistem untuk bebas daripada hutang. Kelebihan daripada sistem
ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang
pertama anda habis.Saya sendiri telah gunakan teknik bebas hutang ini dengan jayanya dan sekarang
saya mahu anda mencubanya. Dan jangan lupa untuk  menyimpan duit di ASB sebaik sahaja anda bebas dari hutang!

Monday, January 28, 2013

BIODATA RASULULLAH S.A.W:



1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#ixzz2JHmQGMir
Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Follow by Email

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog