- Kita mesti mempunyai matlamat hidup termasuk matlamat kewangan dan matlamat tersebut perlu direkodkan untuk memudahkan proses pemantauan;(Matlamat dan Misi Kewangan)
- Kita mesti komited untuk merealisasikan impian kita kerana sememangnya tiada jalan mudah untuk berjaya;(Kesungguhan)
- Memupuk sikap mempercayai antara satu sama lain dikalangan pasangan masing-masing iaitu suami dan isteri dalam memastikan pelan perancangan kewangan berada di landasan yang betul bagi yang ingin mengikutinya;(Kerjasama Mencapai Perancangan Kewangan)
- Memupuk sikap menghargai usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat pada sesuatu masa. Sememangnya kejayaan yang diperolehi hasil usaha sendiri lebih bermakna;(Usaha)
- Memupuk sikap berjimat-cermat kerana kita akan menjadi lebih peka dengan perbezaan harga barang keperluan serta dapat mengasingkan antara perbelanjaan perlu setiap bulan dengan perbelanjaan yang kurang penting;(Buat Perbandingan)
- Memupuk sikap Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus dalam diri;(Yakin dengan Diri melalui Sikap)
- Menghormati penasihat perancang kewangan; serta
- Sentiasa berusaha, bersabar, berdoa dan bersyukur akan segala apa yang kita nikmati dan usahakan.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment