Wednesday, August 24, 2011

Bawang Putih - khasiat untuk semua


Bawang putih mempunyai enzim yang dikenali sebagai Allinase yang bertindak dengan alliin iaitu sebatian dalam bawang putih yang membentuk allisin. Apabila allisin yang tidak stabil bergabung dengan sebatian yang mengandungi sulfur, ianya menghasilkan bau yang tersendiri. Bau bawang merangsang nafsu makan seseorang.
Bagi Masyarakat melayu bawang putih digunakan untuk memasak rendang,asam pedas dan pelbagai masakan lain. Jangan gunakan bawang putih untuk memasak sayur masak lemak atau masak cili api ianya kerana boleh 'memutuskan' selera untuk menikmati hidangan kecuali yang mengemarinya. Bagi menghilangkan bau bawang putih minumlah kopi atau teh pekat atau mengunyah kulit limau.

Kandungan dan khasiat bawang putih:-

  • Vitamin A, B dan C
  • Kalsium
  • Potasium
  • antioksida
  • koratin
  • selenium
Dapat mengurangkan dan mengubati:-
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • meningkatkan insulin darah bagi penyakit diabetes(kencing manis)
  • mencegah pengumpulan darah
  • melindungi tubuh dari pelbagai penyakit
  • menghilangkan kemerosotan otak dan sistem kekebalan.
  • melambatkan penuaan
  • meredakan tekanan, kecemasan dan kemurungan
  • risiko terkena barah dapat dikurangkan
Kajian terkini:-
  1. Menentang jangkitan
  2. menghalang asma
  3. sebagai ubat batuk
  4. melawas buang air kencing, haid
  5. menyingkirkan batu karang
Cara Mengubati dengan bawang putih:-

Untuk penyakit asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas

Dihilis dan dipanggang bersama dengan madu dan dimakan

ATAU
Ditumbuk lumat dan ditampal pada tapak kaki atau pada dada sekiranya
sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.

Cara lain menghancurkan bawang putih dan dicampurkan dengan air asam limau serta diminum bagi menghilangkan kahak, merawat bengkak anak tekak senak perut dan reumatisme (Berasa sakit sebelum hujan, Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan dan Kadar metabolisme menjadi lemah sertaBertambah sakit)

Jika sukar menyediakan bawang putih dapatkan bawang putih di famasi.
tetapi jangan mengambil bawang putih secara berlebihan kerana mempunyai kesan sampingan iaitu merangsang mukosa percernaan, muntuh, kehilangan berat badan merencat pertumbuhan dan, anemia dan dermatitis (penyakit Kulit)

Kongsikan maklumat ini sahabat anda.... semoga sihat waafiat






Tuesday, August 23, 2011

Bacaan Malam Lailatul Qadar

Aisyah ra berkata:"wahai Rasulullah, sekiranya aku dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?"
Rasulullah SAW bersabda:




Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran