Untuk Pembacaan Wanita Berumahtangga. Pembacaan atas Tanggungnjawab sendiri.
Apakah Selaput Dara?
Selaput dara atau yang sering dikenal dengan sebutan ‘hymen’ adalah suatu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu kemaluan (introitus vagina). Pada kebiasaannya berbentuk bulat sebagaimana bentuk liang faraj, tetapi ada juga yang seperti bulan sabit (bentuk semilunar), bahkan ada yang mempunyai septum (pemisah). Lubang selaput dara yang masih utuh (tidak terkoyak) umumnya hanya dilalui oleh jari kelengkeng. Pada bayi, kondisi selaput dara cenderung besar dan tebal. Tetapi semakin bayi itu membesar, jaringan selaput dara akan menipis, lebar dan terbuka.
Namun begitu, terdapat juga segelintir wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Tisu ini pula terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang nipis, ada juga yang tebal dan menutupi keseluruhan lubang faraj hingga menyukarkan pengeluaran darah haid. Dalam situasi ini ada kalanya bantuan pakar perubatan diperlukan bagi membuat pembukaan (incision) untuk mengalirkan darah haid. Lazimnya ia hanya terkoyak semasa kemasukan zakar yang tegang semasa persetubuhan. Bagaimanapun, strukturnya boleh tercedera akibat senaman ataupun aktiviti lasak. Oleh yang demikian, wujud atau tidak selaput dara bukan ukuran tepat bagi menentukan kegadisan seseorang wanita.
Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa selaput dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.
Terdapat pelbagai bentuk selaput dara. Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada selaput dara sejak dilahirkan. Sekiranya selaput dara telah terkoyak, iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali. Namun begitu jika seorang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang.
Mengambil pemikiran positif dan bersangka baik terutama terhadap pasangan hidup dan ahli keluarga adalah jalan terbaik dalam membesarkan anak-anak. Mungkin ia sebahagian daripada perubahan normal setelah bayi perempuan anda membesar. Bagaimanapun, langkah berhati-hati perlu diambil dan usul periksa sebelum mengambil tindakan. Implikasi tindakan seseorang mungkin akan menghambat kehidupan pada masa depan. Saya sarankan puan membawa anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan pengesahan.
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my
Mengatasi stress untuk subur
Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau menangkis stress.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.
1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.
2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.
3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.
4. Saluran fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.
5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.
Relaxation Techniques
Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat. Tenang fikiran bolih meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.
No comments:
Post a Comment