Monday, December 19, 2011
seksa wanita yang bepakaian macam tak berpakaian
Rasulullah SAW melarang keras kaum wanita yang memakai pakaian sangat tipis atau tembus pandang dan memperlihatkan bentuk tubuh. Beliau bersabda mengenai sebahagian penghuni neraka:
ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, MELIUK-LIUKKAN BADANNYA DAN RAMBUTNYA DISASAK, MEREKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN JUGA TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA, PADAHAL BAU SYURGA ITU DAPAT TERCIUM DARI JAUH.
HADIS RIWAYAT MUSLIM Yang dimaksud dengan "berpakaian tetapi seperti telanjang" di dalam hadis tersebut, kerana apa yang dipakainya tidak berfungsi sebagaiman mestinya sebagai penutup tubuh. Bahkan masih tetap membayangkan atau menggambarkan tubuh pemakai lantarannya sangat tipisnya pakaian. Petikan dari "Pengertian Hukum dan Pembalasan DOSA Menurut Al-Quran dan Al Hadis oleh Muhamad Imran"
Pernah pemimpin kita mengeluarkan kata-kata bahawa bersongkok putih atau bertudung tidak semesti dia itu Islam yang baik tetapi ingatlah bahawa berpakaian sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri baik dan mereka tergolong dari kalangan yang beriman kepada hari akhirat. Bagi mereka yang menutup aurat tetapi tetap melakukan maksiat, golongan ini terlepas dari dosa berpakaian tetapi dosa melakukan maksiat tetap akan dibalas dengan seadil-adilnya di akhirat kelak.
Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.
Al -Maidah - 56
Hai orang-orang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akanmendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai-cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut pada celaan orang-orang yang suka mencela.
Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Lagi Maha Mengetahui.
Al Maidah - 54
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
|
|
Popular Posts
-
Sempena Hari 111111 diminta memberi nama yang menepati ajaran islam dibawah ini senarai nama untuk bayi perempuan .. Nama Anak-Anak...
-
NAMA ANAK LELAKI Abdul Azim= Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz= Hamba Allah Yang Mulia Abdul Bari= Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Ba...
-
Amalan ketika haid. Apakah amalan-amalan sunat yang boleh untuk seorang wanita lakukan ketika haid? Alhamdulillah.. jika diteliti terdapat...
Facebook Pages
My Ilmu and Spiritual Blog
No comments:
Post a Comment