Thursday, June 14, 2012

Persoalan Puasa Qadha' dan Penyelesaiannya







QADHA’ PUASA                                                                           1. Bagaimanakah pembayaran bagi puasa yang tidak dapat
ditunaikan di dalam bulan Ramadan?
Hukum pembayaran puasa terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. Wajib Qadha’
- Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya
atau bertambah lambat sembuhnya jika dia berpuasa
- Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau bermusafir kirakira
84 km
- Ibu yang hail atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi
mudarat
- Orang yang sedang haid atau nifas
- Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh memusnahkan dirinya
- Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang
membatalkannya.
2. Wajib Qadha’ dan Membayar Fidyah
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya si ibu hanya khuatir
anaknya menjadi mudarat
- Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga bertemu
dengan Ramadan yang lain
3. Tidak Wajib Qadha’ Tetapi Wajib Fidyah
- Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh
sangat tipis
- Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk
berpuasa                                                                                                        2.Adakah niat puasa sunat enam hari bulan Syawal boleh disekalikan dengan puasa Qadha’?
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha’. Imam As-Syafi’I (di dalam kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab “setiap amalan dengan niatnya” bahawa: hendaklah dibezakan ibarat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha’ dan puasa sunat. Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan, atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qadha’ di dalam bulan Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat tersebut) mengikut pendapat sebahagian Ulama’.
     3. Bolehkah saya mengumpulkan puasa qadha’ / puasa sunat
Isnin, Khamis dan sunat puasa bulan Rejab. Apakah hukumnya?
Sebahagian Ulama tidak membenarkan mengumpulkan niat ibadat sunat dan wajib. Oleh itu, adalah baik sekiranya dipisahkan antara keduanya (Sila rujuk soalan 2). Maka, dalam puasa qadha’ dan sunat, adalah wajib didahulukan puasa qadha’ kerana ia menjadi bebanan orang itu, sedangkan puasa sunat tidak menjadi bebanannya. Jika seseorang itu berpuasa qadha’ pada hari Isnin, Khamis atau pada hari-hari yang afdal berpuasa, maka niatkan puasa qadha’.
InshaAllah, ia juga diberikan pahala sunat pada hari tersebut.                 4. Bagaimanakah cara menghitung fidyah yang perlu dibayar
bagi puasa yang tidak disempurnakan?
Untuk perkiraan fidyah yang tepat, sila rujuk kepada lelaman berikut:
https://www.muis.gov.sg/eservices/fidyah_online.aspx                                                                                5. Bolehkah saya membayar fidyah dengan menggunakan wang?
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 184:
Maksudnya: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Fidyah adalah memberi makan seorang miskin. Dan makanan ini merujuk kepada makanan asasi bagi rakyat negara orang yang berpuasa. Dalam konteks Singapura yang membatalkan puasa Ramadannya, perlu membayar fidyah dengan 1 mud beras bagi setiap hari. 1 mud adalah lebih kurang 750 gram. Namun, terpulanglah kepada kita untuk membayar dengan wang atau dengan beras. Di Singapura, memang lebih mudah dan baik untuk membayar dengan
wang. Ini adalah kerana wang dapat diberi kepada orang miskin untuk membeli makanan beliau. Wang juga lebih mudah dan tidak seperti beras, dimana ia memerlukan tempat yang luas untuk menyimpannya, di samping masalah ‘shelf-life’, pembungkusan, kutu, tikus, dan sebagainya.
Wang fidyah akan bertambah setiap tahun sekiranya puasa yang ditinggalkan itu belum diqadha’ lagi (Sila rujuk soalan 4).

       6. Haruskah saya membayar hutang puasa walaupun saya telah
membayar fidyah?
Pembayaran fidyah ini tidak mengangkat tanggungjawab anda untuk
menunaikan qadha’ puasa. Anda masih lagi perlu mengqadha’ puasa, selagi mampu melaksanakannya dari segi kesihatan (Sila rujuk soalan 1).

       7. Apakah niat yang perlu dilafazkan bagi mereka yang ingin
membayar balik puasa yang pernah ditinggalkan?
Niat puasa qada’ adalah: “Sahaja aku puasa qadha’ esok hari kerana Allah
S.W.T”

No comments:

Post a Comment

Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran