Sunday, March 24, 2013

10 Langkah Bebas Hutang DiBongkar



1. PERIKSA- rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa
yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa
minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik
Timah ,Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya
dan memang boleh dapat angin ahmar… hehehe

2. KIRAKAN- jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang
perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN- senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.
Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan anda selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI- pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu
membayar RM1500 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI- yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa
ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN- hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak
dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:


1) Hutang TV RM3000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000


7. SERANG HUTANG- Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu.
Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang
agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. PRINSIP 10%- Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda
bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada
jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. GANDAKAN-Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada
perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika
anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha,
pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. BEBASKAN-Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu.
Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda
membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis.
Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat .Teruskan penambahan
sehingga ke senarai terakhir .

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Ianya tidak mudah tetapi
paling kurang anda sudah mempunyai sistem untuk bebas daripada hutang. Kelebihan daripada sistem
ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang
pertama anda habis.Saya sendiri telah gunakan teknik bebas hutang ini dengan jayanya dan sekarang
saya mahu anda mencubanya. Dan jangan lupa untuk  menyimpan duit di ASB sebaik sahaja anda bebas dari hutang!

No comments:

Post a Comment

Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran