Sunday, March 24, 2013

Ketahui Rahsia 5 Tip Jimat Duit Segera

Tip pertama : 
Usah belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.


Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah
jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan
bulanan anda. Latih diri untuk hanya belanja separuh atau
kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.

Tip kedua : 
Cari duit lebih atau guna kurang.

Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda
perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time
atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda
malas, anda cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari
pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu
belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.

Tip ketiga :
Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.

Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan.
Tindakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua
wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah
langkah pertama untuk belajar berjimat.

Tip keempat : 
Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.


Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan
terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh
wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk
menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan
rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada
dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan
benar2 memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha
mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.

Tip kelima : 
Tulis diari kewangan.


Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda dalam satu
diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika
ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat
mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat
kenal pasti ke arah mana wang anda mengalir. Gunakan
maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih
berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.


Moga kesemua tip di atas akan memberi perubahan yang
positif dalam hidup kita. Seperti mana pesan my mentor
yang penting adalah 
ACTION. Setelah ada ilmu-ilmu yang
terbaik maka tindakan adalah penentu kejayaan masa depan.

No comments:

Post a Comment

Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran