Dalam diri manusia ada empat perkara :
1. Jasad - manusia berusaha susah-payah
untuk memperelokkan jasad mereka. Banyak masa dihabiskan, ribuan
ringgit malaysia dibelanjakan untuk memperindah dan memperelokkan tubuh
badan mereka.... tapi habuan siapakah jasad ini?... habuan ulat dalam
tanah. Apabila manusia mati mayatnya akan dikafankan dan ditanam... lalu
akan dimakan ulat dalam tanah.
2. Harta kekayaan - manusia
berusaha siang malam... keluar rumah awal-awal pagi dan kembali ke rumah
lewat-lewat malam... tiada masa untuk berehat dan makan minum yang
sempurna... tiada masa untuk bergurau dan bermesra dengan anak dan
isteri.... malah kadang-kala solat pun dikorbankan untuk cari dan
kumpulkan harta... Tapi habuan siapakah harta itu?... milik waris. Bila
mati saja seorang anak Adam, maka semua hartanya akan berpindah milik
kepada warisnya. Tiada satupun yang dibawa ke dalam kubur.
3. Roh - roh adalah milik Allah S.W.T. Allah S.W.T boleh ambil kembali bila-bila masa yang Dia mahu.
4. Amalan - inilah milik kita yang sebenar. Walau sebesar zarah
kebaikan yang kita buat ini akan diperlihatkan kepada kita di hari
akhirat...walaupun sebesar zarah keburukan yang kita buat inipun akan
diperlihatkan dihari akhirat. Amalan kitalah yang akan membantu kita di
alam kubur yang sempit dan gelap.... di alam mahsyar yang
mengerunkan.... dan seterusnya di alam yang lain. Alangkah ruginya
manusia bila dia habiskan masa dan tenaganya untuk usaha atas perkara
yang akan ditinggalkan tetapi dia lupa untuk usaha atas perkara yang dia
akan bawa bersama ke alam akhirat yang kekal selama-lamanya..........
Sama2 kita renungkan...
Apabila Gambar BerCerita Apabila Gambar BerBicara Tentang...Dunia Hari Ini
No comments:
Post a Comment