Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
Solat Qasar - Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat
iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat
Maghrib dan solat Subuh tidak bolehdiqasarkan.
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah
berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang
oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-
Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita
berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya
kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah
sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah
sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin
mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514
meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam
waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam
waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat
Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat
Isya’.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama
sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau
Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar
atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
|
|
Popular Posts
-
Sempena Hari 111111 diminta memberi nama yang menepati ajaran islam dibawah ini senarai nama untuk bayi perempuan .. Nama Anak-Anak...
-
NAMA ANAK LELAKI Abdul Azim= Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz= Hamba Allah Yang Mulia Abdul Bari= Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Ba...
-
Amalan ketika haid. Apakah amalan-amalan sunat yang boleh untuk seorang wanita lakukan ketika haid? Alhamdulillah.. jika diteliti terdapat...
Facebook Pages
My Ilmu and Spiritual Blog
No comments:
Post a Comment