Wednesday, November 9, 2011

Food : Kebaikan Buah Kiwi untuk Kesihatan


Buah kiwi adalah sejenis "beri" dan inilah yang membuatkan buah ini mempunyai khasiat yang berbeza dengan buah lain seperti epal, peach,pear atau buah citrus. Buah kiwi adalah dari keluarga tumbuhan renek yang memanjat yang dikenali sebagai Actinidia Deliciosa 

 Apa yang membuatkan Buat kiwi begitu berkhasiat ?

Fakta yang mengatakan buah kiwi adalah dari jenis "beri" secara umumnya menjadikan buah ini lebih berkhasiat daripada buah-buahan lain. Kumpulan buahan "beri" berpotensi memiliki ciri-ciri tertentu yang memberikan ia khasiat tambahan.
Biji buah kiwi - ia membawa semua jenis nutrien - protein, vitamin, mineral dan tenaga yang diperlukan untuk memulakan kehidupan.

Kabohidrat buah kiwi - ia amat penting dalam diet seseorang dan pakar nutrien percaya kita seharusnya mendapatkan sekuurang-kurangnya 50 peratus atau lebih karbohidrat dalam kolari makanan kita.
Potassium buah kiwi- Bahan galian yang penting ini membantu fungsi otot dengan berkesan serta menyempurnakan fungsi saraf.

 Vitamin C buah kiwi - vitamin C dalam buah kiwi adalah menakjubkan. Satu hidangan buah kiwi memberikan 230 peratus USRDA untuk vitamin C. Jumlah ini adalah cukup untuk 2 hingga 3 hari keperluan vitamin C hanya dalam satu hidangan.

Buah kiwi mempunyai khasiat yang paling banyak di dunia . Dengan dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren, potassium dalam pisang dan kandungan Vitamin E yang tinggi, folic asid dan fiber larut dan tidak larut,buah kiwi layak dipanggil pesta khasiat.

No comments:

Post a Comment

Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran