Sunday, April 29, 2012
Perbetulkan Sujud dalam Solat
Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].
Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :
وْ أَخَلَّ بِعُضْوٍ مِنْهَا لَمْ تَصِحّ صَلاته
"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"
Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-
واشترط الشافعية أن يكون السجود على بطون الكفين وبطون أصابع القدمين، أي أنه يكفي وضع جزء من كل واحد من هذه الأعضاء السبعة كاجبهة، والعبرة في اليدين ببطن الكف، سواء الأصابع والراحة، وفي رجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف. "Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]
Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.
Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya.
Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA. Sekian, wassalam
Thursday, April 26, 2012
Cuaca Panas Memberi Kesan Prilaku Manusia
PANAS, panas, panas! Cuaca panas, hati pun panas. Benarkah peningkatan suhu juga boleh meninggalkan kesan psikologi, mempengaruhi tingkah laku manusia dengan menjadikan mereka bertambah agresif?
Jika di negara-negara Barat, kajian mengenainya bukan sedikit dilakukan dalam tempoh lebih sedekad lalu.
Malah, istilah gangguan akibat perubahan musim atau seasonal affective disorder (SAD) sudah agak sinonim dengan negara-negara Barat yang mengalami empat musim.
Dianggarkan setengah juta rakyat England mengalami kemurungan tahunan setiap kali musim salju yang berlaku antara September dan April.
Keadaan ini berpunca daripada ketidakseimbangan biokimia di dalam bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.
Sementara itu, isu pemanasan global dan Kyoto, ozon yang semakin menipis, paras laut yang kian meningkat, gurun yang semakin terbentang luas dan rumah hijau - turut menyumbang kepada kajian demi kajian bagi memahami hubungan langsung di antara kehangatan suhu dengan perilaku manusia.
Pernahkah anda berkurung atau tidur di dalam sebuah bilik yang agak panas khususnya pada musim kemarau ini? Kipas atau alat penghawa dingin sekalipun kurang membantu.
Apakah perasaan anda ketika itu? Jangan hendak sengelat. Sekurang-kurangnya anda akan berasa kurang selesa dan serba tidak kena, bukan?
Berdasarkan kajian makmal yang dilakukan oleh sekumpulan pakar psikologi sosial, hanya dengan berada di dalam sebuah bilik dengan suhu yang lebih hangat boleh menukar seseorang itu menjadi lebih pemarah.
Hasilnya adalah berbeza jika mereka ditempatkan di dalam ruang yang lebih menyelesakan. Bukan itu sahaja, pemikiran-pemikiran agresif juga boleh tercetus.
Ini terbukti menerusi kajian makmal berasingan di mana pasangan yang diajukan dengan sedikit provokasi cenderung untuk mencederakan di antara satu sama lain.
Demikian juga halnya dengan mereka yang bekerja dalam persekitaran panas yang akan menyumbang kepada tindak balas lebih bersifat permusuhan terhadap apa-apa jua yang boleh menimbulkan kemarahan dan menyakitkan hatinya.
Penyelidikan saintifik berkenaan isu ini di luar negara juga sudah mencapai tahap di mana tumpuan diberikan terhadap keganasan dan kegiatan jenayah.
Malah, kadar jenayahnya adalah berbeza-beza mengikut tempat di mana kawasan lebih panas mencatatkan aktiviti itu yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, hari, bulan, musim mahupun tahun-tahun tertentu juga didapati boleh menghasilkan kadar jenayah yang lebih daripada biasa. (Journal of Personality, Vol. 73, No. 6, 1213 - 1223, isu Disember 1997).
Pakar Runding Psikiatri dan Psikoterapi, Jabatan Perubatan Psikologikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Stephen T. Jambunathan mengakui kaitan yang sudah lama wujud di antara faktor persekitaran dengan tingkah laku manusia.
Bagaimanapun, dalam konteks iklim semasa, beliau menjelaskan:
``Memang ada hubung kait di antara cuaca panas dengan tingkah laku manusia selain ancaman kesihatan yang boleh membawa maut disebabkan oleh cuaca panas terik.
``Walaupun bukan secara langsung, namun, mana-mana perubahan persekitaran yang radikal seperti daripada sejuk ke panas atau sebaliknya, mungkin menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah pengubahsuaian,'' katanya.
Menurutnya, masalah-masalah yang mungkin dihadapi adalah seperti kurangnya rasa toleransi, tolak ansur atau timbang rasa, lekas marah dan mengalami tekanan.
Keadaan-keadaan tersebut seterusnya mendorong seseorang membuat keputusan-keputusan yang kurang waras dan bertentangan daripada kelazimannya.
``Masalah pengubahsuaian ini boleh terjadi khususnya kepada seseorang yang tiada kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.
``Mereka tidak berapa kebal, tidak mempunyai jiwa atau semangat yang kental, mudah goyah ataupun mudah sensitif lebih daripada orang lain,'' kata Dr. Stephen.
Ditanya apakah yang membezakan tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu perubahan itu, katanya, semua hal minda dipengaruhi oleh tiga faktor penting atau ringkasnya biopsikososial:
- Biologikal; genetik seperti bapa yang panas baran
- Psikologikal; cara berfikir seseorang yang mempengaruhi bagaimana tindak balas mereka terhadap orang lain
- Sosiologikal; persekitaran seperti perubahan alam sekitar, dibuang kerja, berhadapan dengan penyakit.
Seseorang individu yang sememangnya dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas akan cuba `memelihara' diri sendiri secara salah seperti naik angin dan bukannya dengan mencari suasana lebih sejuk untuk menenangkan diri sendiri.
Jika keperluan itu gagal diperoleh, akan menambahkan lagi kekecewaan mereka dan memburukkan keadaan bagi yang sedia mempunyai penghakiman negatif, kata beliau.
Mengulas kegiatan jenayah yang dikatakan agak menjadi-jadi serta kaitannya dengan suhu panas yang luar biasa kebelakangan ini, Dr. Stephen mengakui:
``Suhu yang panas juga boleh menyebabkan pemikiran-pemikiran yang agresif sehingga mereka berani melanggar undang-undang.
``Untuk pengetahuan, kebanyakan jenayah yang dilakukan bukan berpunca daripada masalah minda (mental yang tidak sihat) tetapi lebih kepada personaliti atau persekitarannya,'' ujar beliau.
Mengenai sama ada ia turut membabitkan perubahan hormon, memetik seorang pakar psikologi dari University of Glamorgan, Dr. Lance Workman yang berjaya mewujudkan kaitan di antara suhu panas dengan tahap serotonin.
Bahan kimia neurotransmiter yang dirembeskan di dalam otak itu memberikan kesan sampingan terhadap tindak-tanduk agresif.
Sekadar memetik beberapa hipotesis kepanasan di luar negara.
Pakar psikologi, Iowa State University, Dr. Craig Anderson mendedahkan, seseorang menjadi marah di antara satu sama lain, bergaduh dan ada kalanya sampai ke tahap membunuh disebabkan oleh suhu yang panas.
Pendek kata, psikologi seseorang itu lebih mudah bangkit dan terusik disebabkan oleh kepanasan.
``Satu-satu pertelingkahan itu lazimnya tidak bermula dengan insiden besar tetapi beberapa siri provokasi kecil.
``Dan peningkatan kebangkitan perasaan negatif itu tidak akan terhenti di situ sahaja tetapi biasanya akan mencapai satu tahap yang lebih tinggi,'' katanya.
Malah, jelas penyelidik dari Amerika Syarikat itu lagi, peningkatan sekadar dua darjah fahrenheit sahaja boleh menyebabkan penambahan sehingga 24,000 kes bunuh dan yang bersifat serangan di negara itu sahaja.
Secara umumnya, kajian Rotton mendapati, insiden jenayah berat terhadap sesama manusia seperti menyerang, merompak, bunuh dan rogol meningkat selaras pertambahan suhu.
Keganasan rumah tangga suami terhadap isteri juga termasuk di dalam kategori ini di mana ia lebih banyak berlaku semasa musim panas.
Sebaliknya, insiden jenayah terhadap harta benda seperti kecurian kenderaan serta pecah rumah didapati tidak berkenaan dengan perubahan suhu.
Sementara itu, satu penyelidikan lain yang disiarkan di dalam International Journal of Law and Psychyatry, Boyanowsky berkata, suhu yang lebih sejuk meningkatkan rangsangan seksual kaum lelaki.
``Satu fakta yang sememangnya diketahui umum bahawa kehangatan berupaya memusnahkan hormon seks utama lelaki iaitu testosteron.
``Jadi, mandi mungkin cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini,'' kata pakar kriminologi dari The Simon Fraser University itu.
Berbalik kepada Dr. Stephen, beliau berkata, bagi mengatasi masalah ini secara peribadi, langkah pertama adalah untuk menyedari akan risiko yang mungkin dihadapi dengan perubahan-perubahan cuaca yang tidak menyelesakan ini.
Contohnya, kecenderungan untuk tidak mencapai kata sepakat dan konfrontasi.
``Sekiranya kita berada di dalam keadaan tertekan dan dalam masa yang sama, cuaca tidak membantu, kita sepatutnya menangguh keputusan-keputusan besar.
``Seboleh-bolehnya, elakkan daripada melibatkan diri dalam situasi-situasi yang boleh menambahkan ketegangan ini sehingga kita kembali tenang,'' katanya.
Yang penting sekali, ujar Dr. Stephen, adalah supaya kita memahami bahawa orang lain juga mungkin menghadapi masalah mereka sendiri.
Oleh sebab itu, mereka menunjukkan tindak balas yang tidak sepatutnya.
``Jika kita pula memberikan maklum balas yang serupa, maka akan timbullah masalah yang lebih buruk.
``Cuba latih tubi minda kita bahawa orang lain juga ada masalah seperti mana kita (ada masalah), ini akan menjadikan kita seorang yang lebih memahami sekali gus mengurangkan potensinya,'' katanya.
Panas cetus perilaku agresif
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan ukm
Mengatasi Anak Degil dan Pertuturan Ibubapa
Mengatasi Masalah Anak Yang Degil
Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.
Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.
Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?
· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.
· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?
· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.
· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.
· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.
· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.
· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.
· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.
· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.
· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.
· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.
· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.
· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.
· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.
· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.
sumber ukm
Mendidik Anak yang Degil dan Mendisplinkannya
Anda mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila diajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?
Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasannya. Jadi apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?
Cuba memahaminya.
Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.
Tetapkan hadnya.
Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menyayanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.
Tunjukkan sikap yang baik.
Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.
Jika Kita Sendiri Bersikap Buruk Bagaimana Dia Membesar Dengan Mengamalkan Sikap Yang Baik?
Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?
Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.
Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.
Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai¬an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?
Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.
Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’
Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Sumber Maklumat: Berita Minggu
Wednesday, April 25, 2012
Pelbagai Gambaran Wajah Dalam Kubur
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Sunday, April 22, 2012
Pelbagai Hadiah Bersama Ulike
Adakah anda mahukan hadiah itu ataupun tidak? Itulah persoalannya.. Sama seperti seorang pemotivasi menguji dewan yang penuh dengan audiennya yang sedang mencari diri dan semangat. Apabila si penceramah/pemotivasi menyeluk poketnya mengeluarkan sehelai duit RM50 dan sambil melambai-lambai berteriak ” siapa yang nak RM50 ini, datang naik ke pentas dan ambilnya dari tangan saya”. Pada ketika itu, reaksi audien adalah berbeza-beza. Ada yang sedang duduk tersengih mendengar kata-kata itu. Ada yang memandang ke kiri dan kanan. Ada yang mengajak kawan disebelah untuk naik ke pentas. Ada juga yang cuba untuk bangun. Ada juga yang sudah berlari ke pentas. Jika anda didalam dewan itu. Apakah tindakan anda? walaupun hanya seorang yang mendapat duit RM50 tersebut, apa yang lebih penting adalah mereka yang berlari ke pentas berjaya menjawab persoalan “to be, or not to be..” mereka ini akhirnya mendapat tahniah dari pemotivasi dan tepukan dari audien kerana mereka ini adalah bakal-bakal insan yang berjaya dalam masa terdekat. Mereka tahu apa yang mereka mahukan, menilai keadaan dengan cepat, buat keputusan secara refleks dan melakukan tindakan yang sewajarnya. Saya tahu anda akan bertindak seperti mereka ini, cuma anda tidak berada dalam dewan itu didalam cerita ini.. hehehe.
Maksud saya, jika anda mahukan sesuatu mestilah ada gerak kerja atau kos untuk melakukannya. Anda mahu makan, maka anda perlu beli makanan, masak dan menyuapkannya ke mulut. Matlamat anda tercapai. Apa saja kehendak didalam dunia ini memerlukan anda melakukan gerak kerjanya. Bergantung kepada anda.
Dalam kes ini, anda mahukan hadiah Iphone 4s, Ipad 2, Galaxy Note, kamera dslr, laptop, tv dan sebagainya? Apakah gerak kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkanya.? Adakah gerak kerja ini terlalu memakan masa, terlalu memenatkan? terlalu berat untuk anda buat? Anda perlu daftar.. anda sudah daftar. Apakah selanjutnya?. Promosi kepada rakan-rakan melalui facebook, blog, youtube, email, forum dan sebagainya. Ianya sangat mudah untuk diterima oleh rakan-rakan anda kerana ianya percuma dan semua orang suka benda percuma. Tiada risiko kerugian langsung. Adakah mempromosi ulike.com.my seberat mengiklankan rumah banglo berharga RM450k untuk dijual? Atau adakah ianya memerlukan ayat power, berpuitis bermadah yang perlu digunakan untuk menjual ebook mencari jodoh? Atau adakah anda perlu menjadi seorang doktor perubatan atau belajar ilmu seorang medical assistant seperti mahu menjual ubat kuat dan herba panjang usia di internet? Rasanya tak perlu..!! Ianya memerlukan gerak kerja yang sangat minima. Siapa pun boleh menjayakannya. Apatah lagi dizaman sekarang yang lengkap dengan butang-butang mudah untuk ditekan.
Tiada modal wang ringgit diperlukan merupakan faktor yang besar. Banyak program-progarm lain memerlukan anda mengeluarkan modal untuk mendapat imbuhan. Gerak kerja nya pula lebih susah. Malah untuk anda mendapat komisen, rakan anda perlu mengeluarkan wang untuk membeli produk atau servis yang disarankan. Anda lebih suka program begini atau ulike.com.my?
Hindari Pelbagai Penyakit (mati Pucuk dan lain-lain) dengan Gerak Geri Dalam Solat Kita
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mem punyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-
(Catatan: Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Thursday, April 19, 2012
Solat Fajar, Solat Qada dan Tuntutan Solat
SEBAHAGIAN ulama berpendapat perbezaan antara solat Fajar dan solat Subuh hanyalah daripada segi bahasa. Bagi solat sunat sebelum subuh disebut solat Fajar dan solat wajib disebut solat Subuh. Ada di sesetengah tempat seperti di Asia Barat, solat Subuh disebut solat dua rakaat fajar.
Mengenai solat Fajar yang disebut dalam hadis daif, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat Fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.”
Adapun solat Dhuha berbeza daripada keduanya sama sekali kerana ditunaikan selepas waktu Subuh selesai ketika matahari di langit mencapai kadar segalah atau kira-kira jam 8.30 pagi hingga kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Zuhur. Jika selepas daripada waktu itu, hukumnya makruh.
Bagi yang tertidur sehingga kesiangan, maka waktu Subuh baginya adalah sehingga selesai solat dengan syarat dia tidak melengahkannya. Walaupun ada yang mengqada, tidaklah menjadi kesalahan, tuntutan kewajipan (taklif) terlepas daripada orang yang tertidur.
Hadis Abi Qatadah daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tidak ada tuntutan kewajipan pada yang tidur dan taklif hanyalah pada yang sedar. Sesiapa yang tertidur atau terlupa menunaikan solat, maka hendaklah dia solat ketika dia bangun atau teringat daripada lupa. Tidak ada sebarang denda padanya melainkan menunaikan terus solat itu.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang kerana mengingatiku.” (Surah Taha, ayat 14)
Berdasarkan hadis itu, ulama berpendapat solat yang ditunaikan secara qada hanyalah pada istilah saja sedangkan hakikatnya dia sudah menunaikan solat itu. Bagi yang sengaja meninggalkan solat wajiblah qada dan bertaubat kerana dia sudah melakukan dosa besar terhadap Allah SWT.
Banyak hadis Nabi SAW menyatakan ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat antaranya, sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Antara iman dan kufur ialah meninggalkan sembahyang.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Dalam hadis yang sanadnya adalah baik, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Tiga perkara asas dalam Islam jika salah satu daripadanya ditinggalkan boleh menjadi kafir dan halal darahnya. Pertama ialah kalimah syahadah, keduanya ialah solat fardu dan ketiganya ialah puasa Ramadan.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ahli syurga bertanyakan kepada mereka yang dimasukkan ke dalam neraka, kenapa kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqr? Mereka menjawab: Kami meninggalkan sembahyang. Kami juga tidak memberi hak kepada fakir miskin.” (Surah al-Muddassir, ayat 40-44).
Ibnu Hajar Al-Haitami meletakkan perkara ini dalam kitabnya Azzawajir dalam menyatakan dosa besar bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat.
Larangan dan Amalan Yang Boleh Semasa Haid
Amalan ketika haid. Apakah amalan-amalan sunat yang boleh untuk seorang wanita lakukan ketika haid? Alhamdulillah.. jika diteliti terdapat banyak sekali amalan wanita ketika haid, selain hal-hal atau perkara-perkara yang dilarang serta diharamkan bagi seorang wanita yang sedang haid maka insya-Allah amalan-amalan tersebut adalah amal shalih yang mendatangkan pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, tambahan pula jika amalan itu disertai dengan niat yang ikhlas dan ittiba’ (yakni sesuai dengan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam).
Adapun hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas:
Shalat dan Puasa – “Bukankah jika wanita itu haid, maka ia tidak shalat, dan tidak puasa?” [ Riwayat Bukhari]
Memasuki mesjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama)“Aku tidak menghalalkan mesjid untuk wanita haid, dan orang-orang dalam keadaan junub”[ RiwayatAbu Daud]
Perceraian – wanita haid tidak boleh dicerai,namun harus menunggu hingga ia suci
Berhubungan suami istri “ oleh sebab itu, hendaklah kalian menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kalian mendekati mereka sebelum mereka suci “(Al-Baqoroh: 222)
Membaca Al-Qur’an (terdapat perbezaan pendapat)
Thawaf, “Lakukanlah apa yang dilakukan jemaah haji, hanya saja jangan melakukan tawaf di Ka’bah sebelum kamu suci”.[Riwayat Muslim]
Manakala, diantara hal-hal yang diperbolehkan bagi wanita haid:
1. Berdzikir
Berdzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti bergunjing dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain bisa mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.
2. Ihram, wukuf di Arafah
“Menjadi kewajiban bagi manusia terhadap Allah, mengerjakan haji di Baitullah, yakni bagi orang-orang yang mampu mengunjunginya.” (Ali Imran: 97)Namun terkadang wanita terhalang haid, sehingga ada beberapa hal yang tak boleh dikerjakan seperti melakukan thawaf dan dua rakaat shalat thawaf. Selain itu semua manasik haji boleh dikerjakan oleh wanita haid dan nifas. Jadi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas boleh melakukan ihram. Seperti disebutkan dalam sebuah hadits Aisyah x yang meriwayatkan kasus Asma’ binti Umais. Asma’ melahirkan di Syajarah. Lalu Rasulullah n menyuruhnya mandi dan sesudah itu langsung ihram.
3. Melayani suami
Selama menjalani fitrahnya mengalami haid, bukan berarti wanita absen dari membahagiakan suami. Seorang istri tetap harus siap melayani suaminya, khususnya kebutuhan biologisnya. Meski diharamkan melakukan persetubuhan (senggama), suami dibolehkan bersenang-senang dengan istri pada bagian pusar ke atas atau selain kemaluan.Haram menolak ajakan suami, kecuali ada hal-hal yang mengakibatkan risiko jika berhubungan badan. Dalam sebuah hadits Rasulullah bersabda,“Jika suami mengajak istrinya ke ranjangnya (untuk berjima’) kalau istri tidak mau melayaninya sehingga ia marah kepadanya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh.” (Riwayat Bukhari Muslim)Bukankah taat pada suami selama tidak bermaksiat pada Allah serta mengakui hak suami atasnya memiliki pahala yang besar laksana pahala jihad? Tak hanya itu, wanita shalihah selalu menyenangkan bagi suaminya. Seperti sabda Nabi
Tidakkah mau aku khabarkan kepada kalian tentang sesuatu yang paling baik dijadikan bekal seseorang? Wanita yang baik (shalihah), jika dilihat suami ia menyenangkan, jika diperintah suami ia mentaatinya, dan jika (suami) meninggalkannya ia menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’i)
Makan dan minum bersama wanita haid” Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang makan bersama wanita haid, kemudian beliau bersabda:”makanlah bersamanya””.[Diriwayatkan Ahmad, At-Tirmidzi, hadits Hasan]
4. Menghadiri majlis ilmu
Selain hal-hal yang disebutkan di atas, kegiatan lain yang bisa dilakukan adalah menghadiri majlis ilmu/ta’lim selama majlis tersebut tidak berlangsung di masjid. Hal ini disebabkan larangan bagi wanita haid untuk masuk ke masjid.
Selama majlis tersebut bebas dari tabarruj dan ikhtilat serta bermanfaat, alangkah baiknya mengisi waktu dengan hal-hal bermanfaat. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu terlewat tanpa guna. Berkumpul bersama orang-orang shalih, membaca buku-buku yang bermanfaat, mendengarkan murajaah bacaan al-Quran juga mengandung nilai-nilai ibadah. Tak hanya itu, melakukan tugas harian sebagai istri dan ibu yang baik selama dilakukan dengan tulus juga bermakna ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi pundi-pundi amal kita, meskipun kita tengah terhalang fitrah haid.
Memang, mungkin kita tak mampu meniru amal ibadah para muslimah pada masa terbaik (zaman Nabi), namun setidaknya jejak semangat mereka dalam beramal masih tetap tertinggal di dada para muslimah, meskipun tengah berhalangan saat haid, semampu kita. Insyaallah.
= = = = = = = = = = = = = = = = =
Bincang Soalan serta Dalil:- Saya ingin tahu apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika haid dan adakah masih boleh membaca ayat al-Quran ketika uzur?
Jawapan:-
Dibolehkan bagi wanita yang didatangi haid berdoa, berzikir berpandukan zikir-zikir yang disyariatkan dan juga membaca al-Quran. Tetapi keharusan ini dengan syarat ia mesti dibaca tanpa memegang mushaf al-Quran.
Namun, orang yang berjunub (bersetubuh sebelum mandi) dilarang membaca al-Quran, sama ada melalui hafalan ataupun memegang dan membacanya.
Jumhur ulama fekah mengharamkan membaca al-Quran ketika haid sehinggalah wanita itu suci. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa dan berzikir bukan dengan niat membaca al-Quran seperti membaca basmalah, innalillahi wa inna ilaihi raajiuun, rabbana aatina fiddunnya hasanah atau sebagainya yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan doa dan zikir. Bukan membaca ayat al-Quran secara khusus.
Pengharaman ini berdasarkan dalil berikut:
1. Ia termasuk hukum junub kerana bersetubuh disebabkan kedua-duanya disyariatkan mandi wajib. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abu Tolib r.a di mana Rasululah s.a.w mengajar para sahabat al-Quran:
“Tiada apa yang menghalang daripada al-Quran selain junub.”
- (Riwayat al-Tirmizi, 146, Abu Daud, jil 1, ms. 281, al-Nasai, jil. 1, ms. 144, Ibn Majah, jil. 1, ms. 207, Ahmad, jil. 1, ms. 84, Ibn Khuzaimah, jil. 1, ms. 104. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih. Menurut Ibn Hajar: Hadis ini hasan dan diterima sebagai hujah).
2. Hadis Ibn Umar r.a di mana Rasululah s.a.w melarang wanita haid dan orang yang berjunub membaca al-Quran.
- (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 131, Ibn Majah, no. 595, al-Daruqutni, jil. 1, ms. 117, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 89. Hadis ini daif kerana riwayat Ismail bin ‘Ayyasy daripada penduduk Hijaz. Riwayat Ismail daripada mereka adalah daif. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya al-Fatawa, jil. 21, ms. 460: Hadis ini daif menurut kesepakatan ulama yang mengetahui tentang hadis. Rujuk: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 195 dan al-Talkhis al-Habir, jil. 1, ms. 183).).
Menurut sebahagian ulama, harus membaca al-Quran ketika haid. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik, riwayat daripada Imam Ahmad, dipilih oleh Ibn Taimiyah dan disokong pula oleh al-Syaukani. Mereka mengunakan dalil berikut:
1. Hukum asal dalam sesuatu perkara adalah harus dan halal sehinggalah terdapat dalil yang melarang. Tidak terdapat dalil yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiah, tidak ada nas yang jelas lagi sahih yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Beliau menyambung: Dan sudah sedia maklum bahawa wanita pada zaman nabi juga didatangi haid. Baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran seperti mana baginda tidak melarang mereka berzikir dan berdoa.
2. ALLAH S.W.T memerintahkan agar membaca al-Quran. DIA menjanjikan pahala yang amat besar. Tidak boleh menghalang manusia membacanya kecuali ada dalil yang tsabit.
3. Menyamakan haid dengan junub adalah tidak munasabah kerana kedua-duanya berbeza. Ini kerana junub atau persetubuhan dilakukan atas dasar pilihan sendiri dan boleh menghilangkan hadas itu dengan melakukan mandi wajib. Ini berbeza dengan haid di mana masa datangnya panjang dan berlangsung selama berhari-hari. Junub pula disyariatkan mandi setiap kali ingin mendirikan solat.
4. Melarang wanita haid membaca al-Quran telah mengurangkan pahalanya dan berkemungkinan ada antara ayat-ayatnya dilupai. Adakalanya ia perlu dibaca al-Quran ketika mengajar dan belajar.
Dengan ini, jelaslah bahawa dalil dan pendapat yang dipegang oleh golongan yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita haid lebih kuat. Untuk lebih selamat, elakkan membaca al-Quran kecuali ketika bimbang ia dilupai.
Hendaklah diambil perhatian, ini hanya melibatkan bacaan al-Quran pada ayat-ayat yang dihafal dalam dada. Tetapi, berhubung dengan menyentuh mushaf al-Quran ketika dalam haid, ia melibatkan hukum lain. Tetapi, pendapat yang paling tepat antara dua pendapat yang bertentangan adalah diharamkan menyentuh mushaf bagi orang yang berhadas berdasarkan keumuman ayat:
“Tidak akan menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci.”
– Surah al-Waqiah: 79.
Juga berdasarkan surat Umar Ibn Hazm yang diutuskan oleh Nabi s.a.w kepada Ahli al-Yaman:
“Maka janganlah menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.”
– Riwayat Imam Malik, jil. 1, ms. 199, al-Nasaai, jil. 8, ms. 57, Ibn Hibban, 793, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 187. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini disahihkan oleh sekumpulan Imam. Menurut al-Syafie: Telah tsabit di sisi mereka bahawa ia adalah surat Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Abdul Bar: Surat ini sangat masyhur di kalangan ahli sejarah diketahui oleh para ulama. Pengetahuan ini sangat masyhur. Ia menyerupai mutawatir kerana orang ramai menerima dan mengetahuinya. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Al-Talkhis al-Habir, jil. 4, ms. 17. lihat: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 196, Irwa al-Ghalil, jil. 1, ms. 158 dan lain-lain lagi.
Jadi, jika wanita haid ingin memegang mushaf al-Quran, lapik dengan kertas yang bersih atau memakai sarung tangan. Atau membalikkan halaman mushaf menggunakan rotan, pen atau sebagainya.
Kesimpulannya, dibolehkan membaca al-Quran selagi mana ia tidak disentuh. Tetapi haram menyentuhnya menurut pendapat yang paling sahih.
Perbetulkan Cara Mandi Wajib Anda Mengikut Sunnah
Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani
Wednesday, April 4, 2012
Lafaz dan Lafaz Berpuasa dan Buka Puasa
Lafaz Niat Seharian Puasa
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
Lafaz Niat Sebulan Puasa
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Doa Buka Puasa
Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “
Sunday, April 1, 2012
Pelaksanaan Hudud menunaikan perintah Allah S.A.W
BAB BUNUH
عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَوَّلُ مَا يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِى الدِّمَاءِ
Dari Abdullah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Perkara yang diputuskan pertama kali antara manusia di hari kiamat
ialah penumpahan darah (pembunuhan).
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لا تُقْتَلُ نَفْسٌ ظُلْمًا اِلا كَـانَ عَلَى ابْنِ ادَمَ
الاوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا لأنَّهُ كَـانَ أَوَّلَ مَنْ سَنَّ الْقَتْلَ
Dari Abdullah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap orang yang dibunuh secara zalim, anak Adam yang pertama
(Qabil membunuh saudaranya habil)
mendapat bahagian dosa pembunuhan itu,
kerana dia orang yang pertama melakukan pembunuhan itu."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tidak halal bunuh kecuali tiga
عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لا اله الا الله
وَاَنِّى رَسُولُ اللهِ اِلا بِاِحْدى ثَلاثٍ
الثَّيِّبُ الزَّانِى وَانَّفْسُ بِالنَّفْسِ والتَّارِكُ لِدِينِهِ
الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ
Dari Abdullah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak halal menumpahkan darah (membunuh) seorang muslim yang
mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Aku Rasulullah
melainkan dengan salah satu daripada tiga :
Orang berzina yang telah kahwin, hutang jiwa dibayar jiwa,
dan orang yang meninggalkan agamanya,
memisahkan diri dari jamaah kaum Muslimin
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tiadalah seluruh dakwa dapat diterima
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ لَويُعْطَى النَّاسُ
بِدَعْوَا هُمْ لاَدَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَلٍ
وَأَمْوَا لَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِيْنَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kalau seandainya boleh diberikan kepada manusia
apa yang didakwakannya, tentu orang akan menuntut
darah dan harta orang lain (menuduh pembunuhan dan
mengambil harta ) Orang yang didakwa boleh bersumpah
(untuk membela dirinya)
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab memutuskan perkara berdasarkan sumpah dan saksi
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ اِنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَضَى بِيَمِيْنٍ وَشَاهِدٍ
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memutuskan perkara dengan
sumpah dan saksi
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab keputusan hakim tidak menghalalkan yang haram
عَن أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ اِلَى وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ اَنْ يَكُونَ اَلْحَنَ بِحُجَّتِهِ
مِنْ بَعْضٍ فَاَقْضِى لَهُ عَلَى نَحْوٍ مِمَّا اَسْمَعُ مِنْهُ
فَمَنْ قَطَعْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيْهِ شَيْئًا فَلاَ يَاْ خُذُهُ
فَإِنَّمَا اَقْطَعُ لَهُ بِهِ قِطْعَةً مِنَ النَّاِر
Dari Ummi Salamah r.a katanya :
"Rasulullah s.a. bersabda :
"Sesungguhnya kamu memajukan perkara kepadaku. Boleh jadi
yang seorang lebih pandai memberikan alasannya dari yang lain
lalu aku putuskan memenangkan orang itu sesuai dengan apa
apa yang aku dengar daripadanya. Sebab itu, siapa yang aku
menangkan, memperoleh sesuatu yang menjadi kepunyaan
saudaranya janganlah diambilnya, kerana putusan itu berarti
aku memberikan kepadanya sepotong api neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab hukum potong tangan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُول اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقْطَعُ السَّارِقَ
فِى رُبْعِ دِيْنَارٍ فَصَاعِدًا
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. melaksanakan hukuman potong tangan
seorang pencuri, kerana mencuri sperempat dinar atau lebih".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab keadilan dalam hukuman
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ اِنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأنُ
الْمَرْاَةِ المَخْزُو مِيَّةِ الَّتِى سَرَقَتْ فَقَالُوا
مَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِىءُ عَلَيهِ اِلاَّ أُسَامَةُ حِبُّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ
فِى حَدٍّ مِنْ حَدُودِ اللهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ
فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ اِنَّمَا أَهْلَلَ الَّذِيْنَ قَبْلَكُم
اِنَّهُم كَانُوا اِذَا سَرَقَ فِيْهِمُ الشَّرِيْفُ تَرَكُوهُ
وَاِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَا مُوا عَلَيهِ
الحَدَّ وَاَيْمُ اللهِ لَو أَنَّ فَاطامَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ
سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Sesungguhnya kaum Quraisy menimbulkan kesulitan dalam fikiran
mereka mengenai keadaan seorang perempuan bangsawan dari suku
Makhzum yang mencuri. Mereka berunding : "Siapakah yang boleh
berbicara dengan Rasulullah s.a.w. tentang perempuan itu
(supaya dibebaskan)? Ada yang menjawab : "Yang berani berbicara
dengan beliau, hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah s.a.w.".
Lalu Usamah biebicara hal itu dengan beliau (s.a.w.).
Rasulullah s.a.w. menjawab : "Apakah engkau hendak membela
supaya bebas dari hukuman Allah?" Kemudian beliau s.a.w. berdiri
dan berpidato, kata beliau s.a.w.
"Hai manusia ,Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang
sebelum kamu ialah apabila seorang bangsawan mencuri, mereka
biarkan sahaja (tidak dihukum). Tetapi apabila seorang yang lemah
(orang biasa) mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya.
Demi Allah ! Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad (s.a.w.)
sendiri yang mencuri , pasti aku akan potong juga tangannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab hukum orang berzina
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ خُذُوا عَنِّى قَدْ جَعَلَ اللهُ
لَهُنَّ سَبِيلاً اَلْبِكْرُ بِا كْبِلْرِ جَلْدُ مَائَهٍ وَنَضْيُ سَنَةٍ
وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ
Dari Ubadah bin Shamit r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Terimalah dari aku, terimalah dari aku! Sesungguhnya Allah
telah mengadakan perempuan-perempuan itu jalan penyelesaian:
Perempuan perawan berzina dengan lelaki bujang (sama-sama belum kahwin)
hukumannya didera seratus kali dan diasingkan (dipenjara) selama
setahun. Perempuan janda yang berzina dengan lelaki duda
(sama-sama pernah kahwin) hukumannya dera seratus kali dan rejam
(dilempari misalnya batu sampai mati)
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab hukuman zina
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ مِنَ المُسْلِمِينَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِى الْمَسْجِدِ
فَنَادَاهُ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ اِنِّى زَنَيْتُ فَاَعْرَضَ
عَنْهُ فَتَخَىَّ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ فَقَالَ لَهُ يَا رَسُولُ اللهِ
إِنِّى زَنَيْتُ فَأَعْرَضَ عَنْهُ حَتَّى ثَنَى ذلِكَ
عَلَيْهِ أَرْبَعَ مَرَّاتٍ فَلَمَّا شَهِدَ عَلَى نَفْسِهِ أَرْبَعَ
شَهَادَاتٍ دَعَاهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ أَبِكَ جُنُونٌ قَالَ لاَ قَالَ فَهَلْ أَحْصَنْتَ قَالَ
نَعَمْ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذْ هَبُوابِهِ فَارْجُمُوهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Datang seorang lelaki dari kaum Muslimin kepada Rasulullah s.a.w.
ketika beliau sedang berada di Masjid. Lalu lelaku tadi memanggil
Nabi s.a.w. berkata : "Ya Rasulullah ! Sesungguhnya saya telah berzina!
Nabi memalingkan muka dari lelaki tersebut (tidak memperdulikannya)
Lalu pindah ke tempat ke sebelah Nabi s.a.w. menghadapkan mukanya
berkata lagi : "Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah berzina!
Nabi s.a.w. memalingkan mukanya. Hal itu terjadi sampai empat kali
Setelah sampai empat kali lelaki tadi mengakui berzina, Rasulullah s.a.w.
memanggilnya dan bertanya : "Apakah engkau gila?" Dia menjawab :
"Tidak!" Kata beliau s.a.w. "Apakah engkau telah pernah berkahwin"
Dia menjawab : "Sudah pernah!" Rasulullah s.a.w. memerintahkan :
"Bawalah orang ini dan lakukan kepadanya hukum rejam!"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tiga perkara dibenarkan bunuh
عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِىءٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وَاَنِّى رَسُولُ اللهِ اِلاَّ بِاِحْدَى ثَلاَثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِى
وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَاتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak halal menumpahkan darah (bunuh) seorang muslim
yang mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku Rsulullah
melainkan dengan salah satu dari yang tiga :
orang berzina yang telah kahwin, hutang nyawa dibayar nyawa (jiwa)
dan orang yang meninggalkan agama, memisahkan diri dari jamaah
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menggugurkan kandungan
عَنِ الْمِسْوَرِبْنِ مَخْرَمَةَ قَالَ اِسْتَشَارَ
عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ النَّاسَ فِى اِمْلاَصِ الْمَرْأَةِ
فَقَالَ الْمُغِيْرَةُ بْنُ شُعْبَةَ شَهِدْتُ النَّبِىَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَضَى فِيْهِ بِغُرَّةِ عَبْدٍ
أَوْ أَمَةٍ قَالَ فَقَالَ عُمَرُ ائْتِنِى بِمَنْ يَشْهَدُ
مَعَكَ قَالَ فَشَهِدَ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ مَسْلَمَةَ
Dari Miswar bin Makhramah r.a. katanya :
"Umar bin Khatab .r.a. bermesyuarat dengan orang banyak
berkenaan dengan perempuan yang menggugurkan kandungannya
Mughirah bin Syubah r.a. mengatakan :
"Saya menyaksikan Rasulullah s.a.w. menyatakan hukuman
memerdekakan seorang hamba sahaya lelaki atau perempuan"
Umar berkata :
"Bawa kemari orang yang turut menyaksikan bersama-sama
dengan engkau!". Muhammad bin Maslamah r.a. turut menyaksikannya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab keputusan yang bijak
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
" اشْتَرَى رَجُلٌ مِنْ رَجُلٍ عَقَارًا ,
فَوَجَدَ الرَّجُلُ الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ فِي عَقَارِهِ جَرَّةً فِيهَا ذَهَبٌ ،
فَقَالَ لَهُ الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ : خُذْ ذَهَبَكَ مِنِّي
، إِنَّمَا اشْتَرَيْتُ مِنْكَ الأَرْضَ وَلَمْ أَبْتَعْ مِنْكَ الذَّهَبَ
، فَقَالَ الَّذِي شَرَى الأَرْضَ : إِنَّمَا بِعْتُكَ الأَرْضَ وَمَا فِيهَا
، فَتَحَاكَمَا إِلَى رَجُلٍ ، فَقَالَ الَّذِي تَحَاكَمَا إِلَيْهِ
: أَلَكُمَا وَلَدٌ ، فَقَالَ أَحَدُهُمَا : لِي غُلامٌ
، وَقَالَ الآخَرُ : لِي جَارِيَةٌ ، فَقَالَ :
أَنْكِحِ الْغُلامَ الْجَارِيَةَ ، وَأَنْفِقُوا عَلَى أَنْفُسِكُمَا مِنْهُ وَتَصَدَّقَا
DAri Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang.
Kemudian orang yang membeli tanah mendapat di tanah itu sebuah kendi berisi emas.
orang yang membeli tanah mengatakan kepada si penjual tanah:
"Ambillah emasmu! Saya hanya membeli tanah dan saya tidak membeli emas
Si penjual tanah menjawab : "Saya telah menjual tanah dan isinya kepadamu!"
Lalu keduanya berhakim kepada seorang lelaki.
Orang yang dijadikan hakim itu bertanya:
"Adakah engkau mempunyai anak?" Yang seorang menjawab :
"Saya mempunyai seorang anak lelaki"
Yang seorang lagi menjawab : "Saya mempunyai anak perempuan"
Hakim itu memutuskan : "Kahwinkanlah anak lelaki itu dengan anak perempuan
Belanjakanlah dari harta itu untuk keperluan engkau berdua"
Kedua-duanya melaksanakan dengan suka rela
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab kebijaksanaan Nabi Sulaiman a.s.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ بَيْنَمَا امْرَأَتَانِ مَعَهُمَا ابْنَاهُمَا جَاءَ الذِّئْبُ
فَذَهَبَ بِابْنِ إِحْدَاهُمَا فَقَالَتْ هَذِهِ لِصَاحِبَتِهَا إِنَّمَا ذَهَبَ بِاِبْنِكَ أَنْتِ
وَقَالْت الأُخْرَى إِنَّمَا ذَهَبَ بِاِبْنِكَ فَتَحَاكَمَتَا إِلَى دَاوُدَ
فَقَضَى بِهِ لِلْكُبْرَى فَخَرَجَتَا على سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا السَّلامُ
فَأَخْبَِرَتَاهُ فَقَالَ ائتُوْنِي بِالسِّكِّيْنِ أَشُقُّهُ بَيْنَكُمَا
فََقََالََتِ الصُّغْرَى لا يَرْحَمْكَ الله هُوَ اِبْنُهَا فَقَضَى بِهِ لِلصُّغْرَى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Pada suatu ketika, ada dua orang perempuan bersama anak masing-masing,
maka datanglah seekor serigala lalu ditangkapnya anak salah seorang
di antara kedua perempuan itu. Lalu seorang perempuan mengatakan
kepada kawannya : "Yang ditangkap serigala ialah anak engkau"
Lalu keduanya meminta keputusan Nabi Daud dan diputuskannya,
bahawa yang tinggal ialah anak perempuan yang lebih tua umurnya.
Kemudian keduanya pergi kepada Nabi Sulaiman bin Daud dan
dan menceritakan hal yang tadi . Nabi Sulaiman a.s. berkata :
"Berikanlah kepada sebilah pisau supaya anak ini dibagi dua
di antara kamu". Perempuan yang lebih muda berkata :
"jangan ! Kiranya Allah memberi rahmat kepada engkau
Benarlah itu anaknya" Maka diputuskan oleh Nabi Sulaiman bahawa
anak itu ialah anak perempuan yang muda."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab saksi
عَنْ زَيْدِ بن خَالِدِ الجُهَنِي -رضي الله تعالى عنه-
أن النبي -صلى الله عليه وسلم-
قال: ألا أُخْبِرُكُم بِخَيْرِ الشُّهَدَاءِ
الَّذِي يَأتِي بِشَهَادَتِهِ قَبْلَ أَنْ يُسَألَهَا
Dari Zaid bin Khalid Al Juhaani r.a. katanya:
"Nabi s.a.w. bersabda :
"Tiadakah lebih baik aku ceritakan kepada kamu
saksi-saksi yang paling baik iaitu yang mahu memberi
keterangan sebelum diminta
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menimbang dengan fikiran tenang
عَنْ أَبِى بَكْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
لا يَحْكُمْ أَحَدًٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُو غَضْبَانُ
Dari Abu Bakrah katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah seseorang menimbang sesuatu perkara antara dua orang,
ketika sedang marah"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tugas hakim melaksanakan keadilan
عَنْ عمْرِو بْنِ العَاصِِ أنه سَمِع رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِذَا حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ
ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرًٌ
Dari Amru bin 'Ash r.a. sesungguhnya telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang hakim menimbang suatu perkara dipertimbangkannya
dengan teliti dan tepat keputusannya, maka dia peroleh dua pahala.
Tetapi apabila dia menimbang dengan pertimbangan teliti dan keputusannya
tidak tepat dia memperolehi satu pahala"
Hadis sahih riwayat Muslim dan Bukhari
Bab Dosa membunuh dan dibunuh
عَنِ الأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ ذَهَبْتُ لأَنْصُرَ هَذَا الرَّجُلَ ،
فَلَقِيَنِى أَبُو بَكْرَةَ فَقَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قُلْتُ أَنْصُرُ هَذَا الرَّجُلَ .
قَالَ ارْجِعْ فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم
يَقُولُ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِى النَّارِ
فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا الْقَاتِلُ فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ
قَالَ إِنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ
Dari Al-Ahnaf bin Qais bahwa ia berkata,
"Pada suatu ketika saya hendak pergi menolong seseorang yang sedang berkelahi.
Secara kebetulan saya bertemu Abu Bakar,
ia pun berkata, "Mau ke mana kau?" Kujawab, "Aku akan menolong orang itu."
Ia berkata lagi, "Kembalilah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila dua orang muslim berkelahi dan masing-masing mempergunakan pedang
maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka."
Aku bertanya, "Hal itu bagi pembunuh, bagaimana dengan yang terbunuh?"
Beliau menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berusaha untuk membunuh saudaranya."
Hadis sahih riwayat Bukhari
Subscribe to:
Posts (Atom)
Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
|
|
Popular Posts
-
Sempena Hari 111111 diminta memberi nama yang menepati ajaran islam dibawah ini senarai nama untuk bayi perempuan .. Nama Anak-Anak...
-
NAMA ANAK LELAKI Abdul Azim= Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz= Hamba Allah Yang Mulia Abdul Bari= Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Ba...
-
Amalan ketika haid. Apakah amalan-amalan sunat yang boleh untuk seorang wanita lakukan ketika haid? Alhamdulillah.. jika diteliti terdapat...
Facebook Pages
My Ilmu and Spiritual Blog