Monday, October 24, 2011

Cara Membuat Air Soya Original

AIR SOYA

Bahan - bahan :
1. Kacang soya
2. Gula atau gula melaka ( ikut suka)
3. Daun pandan
4. Kain kasa / kain jarang / penapis teh yang bersih

Cara-cara untuk membuat air soya:

1. Mula-mula basuh dan rendam dulu kacang soya tu sepenuhnya dalam bekas semalaman. Ataupun pagi-pagi tu pun boleh jugak. At least 8 jam. Atau sampai kembangla.

2. Bila dah kembang, toskan kacang soya tu dan buang kulit soya tu. Kemudian, kisarkan kacang soya tu dengan blender/mesin pengisar bersama dengan air.

3. Lepas dah kisar, tuangkan ke dalam kain kasa/kain yang jarang, kemudian perah kacang soya tu untuk menghasilkan air soya. Sisa-sisa kacang soya yang selepas di perah tu boleh la di buang.

4. Bila habis semua kacang siap dikisar dan di perah, masukkan daun pandan ke dalam periuk yang berisi air soya tu, kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan. Boleh masukkan gula masa tu, atau pun bila dah siap nanti.

Bila dah menggelegak, boleh la dihidangkan. Sama ada nak panas atau sejuk. Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 2-3 hari.

So, apa lagi…cuba buat sendiri air soya yang berkhasiat tanpa bahan pengawet. c:

No comments:

Post a Comment

Welcome to POWER ONLINE TOOL's site!
First Name:
Last Name:
Email:
Confirm Email:
Phone:
 
Privacy Policy | Click Here to Help Us Fight Spam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Facebook Pages

My Ilmu and Spiritual Blog
Listen to Quran