Jaga Aurat supaya tidak tergolong dalam Ahli Neraka
MENGHINA ISLAM ATAS NAMA ISLAM
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku
lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu
(bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan
berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah PEREMPUAN memakai pakaian tetapi keadaanya umpama
telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok
dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama
bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium
bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini
dan begini."(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik
dan selain mereka)
✿ܓ Islam menyediakan ruang yang secukupnya
untuk seorang wanita Muslimah yang belum menutup aurat untuk segera
mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat
perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat
bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesuaiaan yang
mengundang penyesalan.
✿ܓ Islam memuliakan kaum lelaki dan
perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat,
Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri
kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir
itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang
menyeronokkan (lagi menguntungkan). BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi
Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.
✿ܓ
Jangan tunggu sampai esok baru nak berubah, berubahlah sekarang
sementara masih diberi peluang olehNYA kerana dirimu begitu berharga..
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]
Popular Posts
-
Sempena Hari 111111 diminta memberi nama yang menepati ajaran islam dibawah ini senarai nama untuk bayi perempuan .. Nama Anak-Anak...
-
NAMA ANAK LELAKI Abdul Azim= Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz= Hamba Allah Yang Mulia Abdul Bari= Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Ba...
-
Amalan ketika haid. Apakah amalan-amalan sunat yang boleh untuk seorang wanita lakukan ketika haid? Alhamdulillah.. jika diteliti terdapat...
No comments:
Post a Comment